I made this widget at MyFlashFetish.com.

13 Oct 2012

Mengapa Dajjal Tidak Disebutkan Secara Langsung Di Dalam Al-Quran?

Oleh : Syeikh Muhammad Mutawalli Al-Sya'rawi

Allah SWT berfirman di dalam Surah Al-Kahfi (18) ayat 50 :

.....وَإِذْ قُلْنَا لِلْمَلَائِكَةِ اسْجُدُوا لِآدَمَ فَسَجَدُوا إِلَّا إِبْلِيسَ كَانَ مِنَ الْجِنِّ فَفَسَقَ عَنْ أَمْرِ رَبِّهِ

Maksudnya : "Dan (ingatla) ketika Kami berfrman kepada para malaikat, 'Sujudlah kamu kepada Adam!' maka sujudlah mereka kecuali iblis, dia adalah daripada golongan jin, maka ia menderhakai perintah Tuhannya..."

Firman Allah SWT yang berbunyi, "dia adalah daripada golongan jin" keluar dari bangsa malaikat. Firman Allah yang berbunyi, "ia menderhakai perintah Tuhannya..." menguatkan bahawa Iblis daripada bangsa jin. Kerana jin seperti manusia, makhluk yang mempunyai ikhtiar yan mampu untuk berbuat taat dan bermaksiat. Selama dia mempunyai ikhtiar maka dia bukanlah termasuk daripada kalangan bangsa malaikat. Kerana malaikat tidak mempunyai ikhtiar. Mereka adalah :

لَّا يَعْصُونَ اللَّـهَ مَا أَمَرَهُمْ وَيَفْعَلُونَ مَا يُؤْمَرُونَ.......

Maksudnya : "... yang tidak menderhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan"

(Surah At-Tahrim 66 : ayat 6)

Bukti yang lain yang kami temukan di dalam firman Allah yang berbunyi, "maka sujudlah mereka kecuali iblis, dia adalah daripada golongan jin". Ayat ini tidak membuktikan bahawa Iblis termasuk daripada bangsa malaikat, kerana malaikat tidak mampu untuk berbuat maksiat.

Sebahagian manusia berkata, "Sesungguhnya di dalam nas Al-Quran melazimkan, bahawa Iblis termasuk daripada bangsa malaikat, hal ini dibuktikan dengan firman Allah Ta'ala di dalam Surah Al-A'raf (7) ayat 11 :

ثُمَّ قُلْنَا لِلْمَلَائِكَةِ اسْجُدُوا لِآدَمَ فَسَجَدُوا إِلَّا إِبْلِيسَ لَمْ يَكُن مِّنَ السَّاجِدِينَ.......

Maksudnya : "......kemudian Kami berfirman, 'Sujudlah kamu kepada Adam', maka mereka pun sujud kecuali iblis, dia tidak termasuk mereka yang bersujud"

Akan tetapi, kami mesti memungkinkan nas tersebut terhadap nas yang lain yang berbunyi, "Maka sujudlah mereka kecuali iblis, dia adalah daripada golongan jin".

Apabila kita sedarkan bahawa malaikat tidak mempunyai ikhtiar. Oleh kerana itu, maka manusia atau jin mampu untuk melakukan perbuatan taat dan maksiat. Allah memberikan ketaatan dan ikhtiar ini hingga mencapai darjat yang melebihi malaikat. Oleh kerana itu dinamakan Iblis dengan burung merak malaikat. Kerana mereka dapat bangga di hadapan malaikat disebabkan mereka tetap berpegang kepada manhaj Allah. Kemudiaan kebanggaan iblis terhadap malaikat menghantar dia dapat berbuat taat dan maksiat, akan tetapi iblis dimenangkan dengan perbuataan taat. Ini penyebab iblis terjatuh ke dalam perbuatan maksiat.

Selama Iblis diperintahkan bersujud, maka dia mesti hadir melaksanakan perintah ketika Allah SWT berfirman kepadanya, "Sujudlah kamu kepada Adam".

Kemudian sujudlah mereka yang hanya tunduk pada perintah Allah SWT, mereka itu adalah para malaikat. Sudah tentu mereka yang mempunyai ikhtiar melakukan perbuataan taat atau maksiat segera melaksanakan perintah Allah Ta'ala. Padahal mereka di satu sisi lebih rendah dilihat daripada bahan/benda dibandingkan dengan malaikat. Akan tetapi mereka lebih besar kedekatannya kepada Allah Ta'ala, kerana mereka melazimkan pada diri mereka berikhtiar berbuat kepada Allah.

Demikianlah, apabila perintah sujud meliputi malaikat, sedangkan mereka lebih tinggi bahan penciptaan mereka, kerana mereka diciptakan daripada nur. Maka mestilah perintah sujud itu juga meliputi jin yang diciptakan daripada api, walaupun tidak dijelaskan dalam al-Quran. Akan tetapi Iblis daripada golongan jin telah dikuasai tabiat ikhtiar, sehingga mereka berbuat maksiat kepada Tuhannya... Kenapa? Kerana mereka sombong, hingga tidak mahu melaksanakan perintah Allah SWT. Di dalam al-Quran disebutkan di dalam Surah Al-Isra' (17) ayat 61 :

قَالَ أَأَسْجُدُ لِمَنْ خَلَقْتَ طِينًا........

Maksudnya : ".....berkata (Iblis) : Apakah aku akan sujud kepada orang yang Enkau ciptakan tanah?"

Kemudian disebutkan lagi di dalam Al-Quran, Surah Al-A'raf (7) ayat 12 :

قَالَ أَنَا خَيْرٌ مِّنْهُ خَلَقْتَنِي مِن نَّارٍ وَخَلَقْتَهُ مِن طِينٍ......

Maksudnya : "....berkata (Iblis) : Aku lebih baik daripadanya, Engkau menciptakan aku dariapda api sedang dia (Adam) Engkau ciptakan dariapda tanah".

Firman Allah SWT yang berbunyi di dalam Surah Al-A'rat (7) ayat 12 :

....قَالَ مَا مَنَعَكَ أَلَّا تَسْجُدَ إِذْ أَمَرْتُكَ

Maksudnya : "Berkata (Allah kepada Iblis), 'Apakah yang menghalangimu untuk bersujud (kepada Adam) ketika Aku perintahkan kepadamu?'..."

Maksudnya, apa yang membuatmu untuk tidak mahu bersujud? Lafaz "أَنَا خَيْرٌ مِّنْهُ" bukan sebagai tambahan atau pun penghubung, akan tetapi sebagai menguatkan kami akan makna, bahawa Iblis memang tidak mahu sujud.

Firman Allah SWT selanjutnya yang berbunyi : "..ketika Aku perintahkan kepadamu?" Ini membuktikan bahawa perintah sujud juga meliputi iblis, jika tidak Allah tidak berfirman sedemikian.

Kesimpulannya, Iblis termasuk perintah yang diberlakukan kepada malaikat untuk sujud kepada Adam.

Kemudian ayat selanjutnya bercerita tentang penolakan Iblis, "Aku lebih baik daripadanya". Akan tetapi Allah Ta'ala tidak menanyakan kepada iblis, "Apa darjatmu dibandingkan kepada Adam?" tetapi Allah Ta'ala bertanya, "Apa yang menghalangi kamu?". dan jawapan yang semestinya diucapkan kepada Iblis adalah, "Aku terhalang untuk bersujud kepadanya". Akan tetapi Iblis berkata, "Aku lebih baik daripadanya". Seolah-olah iblis mencari dalam benaknya tentang sebab dia tidak bersujud kepada Adam. Ketika Iblis berkata, "Aku lebih baik daripadanya". Ini merupakan ungkapan kesombongan dan dengki. Padahalah Allah SWT yang menciptakan dan Dia-lah yang mengetahui siapa yang lebih baik. Akan tetapi iblis menginginkan Allah SWT bersikap lebih baik. Dia menolak perintah sang Pencipta, padahal dia adalah makhluk. Seolah-olah Iblis melangkahi perintah Allah dan dia berkata kepada Allah SWT, "Aku lebih baik daripadanya". Maka bagaimana dapat orang ynag lebih tingi diperintah untuk berujud kepada orang yang lebih rendah?

Demikianlah kesombongan iblis atas darjatnya, padahal Allah SWT lebih mengetahui. Dia tidak ada balasan bai perbuatan maksiat sekurang-kurangnya tertolak daripada rahmat Allah Ta'ala.

Oleh kerana itu Allah SWT berfirman di dalam Surah Al-A'raf (7) ayat 13 :

.....قَالَ فَاهْبِطْ مِنْهَا

Maksudnya : "Berfirman (Allah) : Turunlah kamu daripada syurga itu!..."

الهبوط maknanya berpindah daripada tempat yang atas ke tempat yang bawah. Sebahagian ulama' mencuba mengalihkan dengan menjadikan dalil, bahawa syurga yang didiami Adam dan Iblis berada di tempat syurga 'Iliyyin. Oleh kerana itulah Allah SWT berfirman, "Turunlah kamu dari syurga itu!"

Akan tetapi dapat kami katakan, "Sesungguhnya الهبوط tidak mesti mengarah dari tempat yang tinggi dan tempat yang rendah". Akan tetapi dapat juga dimaknai dengan perpindahan tempat ini ke tempat yang lain. Oleh kerana itu berfirman Allah Ta'ala kepada bani Israil di dalam Surah Al-Baqarah (2) ayat 61 :

....اهْبِطُوا مِصْرًا....

Maksudnya : "....pergilah kamu ke suatu kota...."

Padahal Bani Israil tidak hidup di langit, akan tetapi mereka hidup di atas permukaan bumi. dan juga ketika Allah Ta'ala berfirman kepada Nabi Nuh AS dalam Surah Hud (11) ayat 48 :

......قِيلَ يَا نُوحُ اهْبِطْ بِسَلَامٍ مِّنَّا وَبَرَكَاتٍ عَلَيْكَ وَعَلَىٰ أُمَمٍ مِّمَّن مَّعَكَ

Maksudnya : "Dikatakan (Allah), "Wahai Nuh! turunlah dengan selamat dan penuh keberkatan daripada Kami atasmu dan umat-umat (yang mukmin) daripada orang-orang yang bersamamu..."

Maksudnya turun daripada bahtera bukan turun daripada tempat yang tingi ke tempat yang rendah.

Berdasarkan ayayt di atas, maka الهبوط kadang bermakna daripada satu tempat ke tempat yang lain. Maka seolah-olah Iblis pada saat itu berada di perkumpulan malaikat, ketika dia tetap berbuat taat. Manakala dia bermaksiat dan tetap melakukan perbuatan maksiat, turunlah tempatnya daripada tempatnya ke tempat paling bawah. Allah SWT berfirman di dalam Surah Al-A'raf (7) ayat 13 :

....قَالَ فَاهْبِطْ مِنْهَا فَمَا يَكُونُ لَكَ أَن تَتَكَبَّرَ فِيهَا

Maksudnya : "Berkata (Allah) : Turunlah kamu daripada syurga itu, kerana kamu tidak sepatutnya menyombongkan diri di dalamnya...."

Maka seolah-olah Allah Ta'ala memberikan kepada kita ketertolakan iblis daripada rahmat-Nya. Iblis telah bersikap sombong atas perintah Allah SWT. Maka orang yang menyembah tidak mahu melaksanakan perintah yang disembah termasuk bentuk kesombongan terhadap zat yang disembah. Selama iblis bersikap sombong terhadap perintah Allah SWT, maka dia bukan termasuk ahli daripada darjat yang tertinggi. Maka seolah-olah ketaatan iblis sebelum maksiatnya daripada mendapatkan darjat yang tertinggi dan kemaksiatan iblis dalam melaksanakan perintah Allah SWT menjadikannya berada di darjat yang paling bawah.

Jadi tidak di antara kita yang dapat menempati darjat yang paling tinggi, akan tetapi amal dan ketaatan dapat menghantarkan ke darjat yang paling tinggi di sisi Allah Ta'aka. Dan perbuatan maksiat menghantarkan ke tempat yang paling bawah. Maka ini adalah hikmah Allah. Jin, kerana dia termasuk makhluk yang terbuat daripada api dia mempunyai kelebihan, di mana dia dapat bererak cepat, menembusi dinding dan masuk ke dalam tubuh manusia. Sebagaimana sabda Rasulullah SAW, "Sesunguhnya syaitan itu berada di anak Adam di tempat aliran peredaran darah".

Sehingga iblis itu seperti hama penyakit. Demikian tabiat unsur penciptaan jin iaitu unsur api. Apabila kamu duduk di balik dinding dan di sisi lain diletakkan epal, maka kamu tidak mampu mengubah bentuk, warna dan rasa epal. Akan tetapi di sana ada api di balik dinding, maka panas dan sengatannya dapat mengubahnya, kerana tabiatnya yang menembus.

Akan tetapi Allah SWT berkehendak memberi pelajaran kepada jin dan manusia secara bersamaan. Seolah-olah Allah SWT berfirman kepada mereka, "Janganlah kamu meyakini bahawa yang kamu berasal darinya memberikan kelebihan kepadamu, akan tetapi Allah yang memberikan kelebihan ini".

Allahua'lam.

Sejarah & Kisah Nabi-Nabi Dalam Al-Quran, karya Syeikh Muhammad Mutawalli Asy-Sya'rawi, m/s 18-23, terbitan Jasmin Publications.

Iblis Bukan Termasuk Golongan Malaikat!

10 Apr 2012

Insan Pilihan

"Jangan terlalu memilih , Terima kekurangan dirinya dan sama-sama memperbaiki diri masing-masing"

Buku Amalan

~✿>> BAYANGKAN jika ini BUKU AMALAN kita, KOSONG dan tiada apa yang dapat membantu..bagaimana kita TIDAK MENYESAL jika semua WARNA HITAM itu adalah DOSA-DOSA kita..dan kita tidak mampu mengubahnya sedikitpun, serta bersiap-sedia untuk KEKAL di dalam NERAKA..♥♥

Astaghfirullah..

:: Manusia itu sentiasa berada dalam KERUGIAN kecuali bagi mereka yang berpesan-pesan ke arah KEBENARAN dan BERSIAP SEDIA dengan HARI AKHIRAT ::

p/s : Nilailah diri dan amalanmu untuk hari esok..♥

~✿..Jika inginkan Allah INGAT kita di waktu SUSAH..jangan lupa Dia di waktu kita telah SENANG..✿~

>>> Sama ada ketika senang atau susah, INGATILAH Allah sebagai TEMPAT PERGANTUNGAN..mengingati Allah tidak hanya ketika kita susah, malah ketika kita berada dalam kegembiraan, sebagai tanda kita BERSYUKUR kepada NIKMAT yang diberikanNya..jagalah Allah, pasti Allah akan menjagamu..♥♥♥

31 Mar 2012

Pemandangan Mekah (Masjidil Haram) Dari Atas.. Subhanallah... Indahnya..

fitrah seorang wanita

Surah Al-Qiyamah (Hari Kiamat) Terjemahan Dalam Bahasa Melayu..

Bismillahi al-Rahman al-Rahim
(Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani).
75-1: Aku (Allah) bersumpah dengan hari kiamat.
75-2: Dan Aku (Allah) bersumpah dengan “nafsu lawwamah” (jiwa yang amat menyesali dirinya sendiri).
75-3: Apakah manusia mengira, bahawa Kami (Allah) tidak akan mengumpulkan tulang belulangnya?
75-4: Bahkan Kami (Allah) berkuasa menyempurnakan jari-jemarinya dengan sempurna.
75-5: Bahkan manusia itu hendak membuat maksiat terus menerus.
75-6: Dia bertanya: “Bilakah hari kiamat itu?”
75-7: Maka apabila mata terbelalak.
75-8: Dan apabila bulan hilang cahayanya.
75-9: Dan matahari dan bulan dikumpulkan.
75-10: Pada hari itu manusia berkata: “Ke mana tempat lari?”

75-11: Sekali-kali tidak! Tidak ada tempat berlindung!
75-12: Hanya kepada Rab (Tuhan) engkau sahajalah pada hari itu tempat kembali yang kukuh.
75-13: Akan diberitahukan kepada manusia pada hari itu apa yang telah dikerjakannya dan apa yang dilalaikannya.
75-14: Bahkan manusia itu menjadi saksi atas dirinya sendiri1.
75-15: Meskipun dia mengemukakan berbagai keuzuran.
75-16: Maka janganlah engkau menggerakkan lidah engkau kerana hendak bersegera dengannya.
75-17: Sesungguhnya atas Kami (Allah) mengumpulkannya dan membacanya.
75-18: Maka apabila Kami (Allah) telah selesai membacakannya maka ikutilah bacaannya itu.
75-19: Kemudian sesungguhnya atas Kami (Allah) penjelasannya.
75-20: Sekali-kali tidak! Bahkan kamu mencintai yang cepat (kehidupan dunia).
75-21: Dan meninggalkan akhirat.
75-22: Wajah-wajah (orang Mukmin) pada hari itu berseri-seri.
75-23: Kepada Rab (Tuhan)nya (mereka) melihat.
75-24: Dan wajah-wajah (orang kafir) pada hari itu muram.
75-25: Dia mengira akan ditimpakan kepadanya malapetaka yang amat dahsyat.
75-26: Sekali-kali tidak! Apabila (nafas) telah sampai ke kerongkong.
75-27: Dan dikatakan: “Siapakah yang dapat menyembuhkan?”
75-28: Dan dia menyangka sesungguhnya itulah waktu perpisahan.
75-29: Dan bertaut betis (kiri) dengan betis (kanan)2.
75-30: Kepada Rab (Tuhan) engkau pada hari itu tempat kembali.
75-31: Maka tidaklah dia membenarkan dan tidaklah dia solat.
75-32: Tetapi dia mendustakan dan berpaling.
75-33: Kemudian dia pergi kepada ahlinya dengan sombong.
75-34: Kecelakaanlah bagi kamu dan kecelakaanlah.
75-35: Kemudian kecelakaanlah bagi kamu dan kecelakaanlah3.
75-36: Apakah manusia mengira, bahawa dia akan dibiarkan begitu sahaja?
75-37: Bukankah dia dahulu setitik mani yang ditumpahkan?
75-38: Kemudian ia menjadi segumpal darah, lalu Dia (Allah) menciptakannya dan menyempurnakannya.
75-39: Lalu Dia (Allah) menjadikan daripadanya sepasang, laki-laki dan perempuan.
75-40: Bukankah yang demikian berkuasa menghidupkan yang mati?

Di sini Allah SWT menceritakan bahawa ada dikalangan manusia yang tidak menerima ataupun tidak percayakan pada hari Akhirat nescaya azab yang bakal menimpa.Di waktu itu wajah mukminin berseri-seri manakala wajah-wajah orang kafir menjadi muram mengenangkan azab yang bakal menimpa. Di dalam surah Allah SWT mengutuk orang-orang kafir sebanyak 4 kali, iaitu

1. Pada saat ia akan mati
2. ketika ia di dalam kubur
3. pada waktu hari dibangkitkan
4. di dalam Neraka Jahanam

Di dalam surah ini juga, Allah SWT menekankan tentang solat, iaitu pada ayat ke 31. Rata-rata zaman sekarang sememangnya ramai di antara kita sudah lalai untuk menunaikan solat. Di sini bukannya aku ingin meninggi diri ataupun bongkak, tapi sebagai umat Islam kita seharusnya mengingati dan menasihati antara satu sama lain.

Jika Ada Salah Dan Silap.. Sila Lah Tegur.. Dan Maafkan Kami Jika Ada Salah Dan Silap.. Kepada Yang Nak Share.. Nak Tag.. Silakan.. Tak Perlu Minta Izin.. Kami Benarkan.. Moga Ia Membawa Manfaat Kepada Yang Membacanya..

17 Feb 2012

Harta Istimewa

"Harta yang paling menguntungkan ialah SABAR. Teman yang paling akrab adalah AMAL. Bahasa yang paling manis adalah SENYUM. Dan ibadah yang paling indah tentunya KHUSYUK."

Siratul Mustakim

Khas untuk mereka yang belum ada lagi pasangan hidup. :)

Jika benar cinta itu kerana Allah SWT, maka biarkanlah ia mengalir mengikuti aliran Allah SWT kerana hakikatnya ia berhulu dari Allah SWT maka ia pun berhilir hanya kepada Allah SWT.

Tetapi, ingatlah! Cinta Allah, adalah cinta yang kekal abadi. Kejarlah cinta Allah SWT dahulu kerana kita pasti tidak akan kecewa andai kita berjaya mencintai Allah SWT dengan sepenuh hati. Bagaimana kita hendak mencintai seseorang andai kita tidak berusaha untuk kenal dan cintai Sang Penciptanya.

Banyak lagi tugas kita di dunia ini terhadap agama kita. Jangan disebabkan terlalu mengejar cinta manusia, tugas sebagai seorang pendakwah juga kita tidak peduli. Jangan terlalu asyik dengan kehidupan dunia kerana itu hanyalah sementara.

Utamakan akhirat, kerana ia akan kekal abadi. Jika betul² sudah bersedia maka kahwinlah.

Post ini adalah untuk peringatan bersama terutamanya untuk diri ini. Semoga kita semua sentiasa dilindungi oleh Allah SWT. Jangan pernah kecewa jika kita pernah putus cinta tetapi jadikan ia sebagai pengajaran dalam hidup kita. Berusahalah untuk menjadi hamba yang sempurna di pandangan Allah SWT bukan di pandangan manusia.

Untuk Hawa.

Apabila lelaki mengatakan dirimu seorang yang sombong, itu lebih baik kerana itu menandakan dirimu sukar untuk didekati dan kamu telah berusaha untuk menjaga dirimu dan dirinya juga.

Untuk Adam.

Mereka sombong kerana mereka ingin menjaga pergaulan mereka, dan mereka berusaha untuk menghindari dirinya serta dirimu bergelumang dengan dosa. Bersyukurlah kerana dia, anda terselamat dari melakukan dosa. Hormatilah keputusan mereka dan jagalah mereka mengikut peraturan yang telah ditetapkan di dalam Islam.

19 Jan 2012

Pramugari koma di tanah suci

Selama hampir sembilan tahun menetap di Mekah sambil menguruskan jemaah haji dan umrah, saya telah melalui pelbagai pengalaman menarik dan pelik.

Bagaimanapun, dalam banyak-banyak peristiwa itu, ada satu kejadian yang pasti tidak akan saya lupakan sampai bila-bila.

Ianya berlaku kepada seorang wanita yang berusia di pertengahan 30-an. Kejadian itu berlaku semasa saya menguruskan satu rombongan haji.

Ketibaan wanita tersebut dan rombongan haji di Lapangan Terbang Jeddah kami sambut dengan sebuah bas. Semuanya nampak riang sebab itulah kali pertama mereka mengerjakan haji.

Sebaik sampai, saya membawa mereka menaiki bas dan dari situ, kami menuju ke Madinah.

Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar hinggalah kami sampai di Madinah. Tiba di Madinah, semua orang turun dari bas berkenaan. Turunlah mereka seorang demi seorang sehingga tiba kepada giliran wanita terbabit.

Tapi tanpa apa-apa sebab, sebaik sahaja kakinya mencecahkan bumi Madinah, tiba-tiba wanita itu tumbang tidak sedarkan diri.

Sebagai orang yang dipertanggungjawabkan mengurus jemaah itu, saya pun bergegas menuju ke arah wanita berkenaan. "Jemaah ni sakit” kata saya pada jemaah-jemaah yang lain.

Suasana yang tadinya tenang serta merta bertukar menjadi cemas.
Semua jemaah nampak panik dengan apa yang sedang berlaku.

"Badan dia panas dan menggigil. Jemaah ni tak sedarkan diri, cepat tolong saya...kita bawa dia ke hospital," kata saya.

Tanpa membuang masa, kami mengangkat wanita tersebut dan membawanya ke hospital Madinah yang terletak tidak jauh dari situ.

Sementara itu, jemaah yang lain dihantar ke tempat penginapan masing-masing.

Sampai di hospital Madinah, wanita itu masih belum sedarkan diri. Berbagai-bagai usaha dilakukan oleh doktor untuk memulihkannya, namun semuanya gagal.

Sehinggalah ke petang, wanita itu masih lagi koma.

Sementara itu, tugas mengendalikan jemaah perlu saya teruskan. Saya terpaksa meninggalkan wanita tersebut terlantar di hospital berkenaan.

Namun dalam kesibukan menguruskan jemaah, saya menghubungi hospital Madinah untuk mengetahui perkembangan wanita tersebut.

Bagaimanapun, saya diberitahu dia masih tidak sedarkan diri.

Selepas dua hari, wanita itu masih juga tidak sedarkan diri. Saya makin cemas, maklumlah, itu adalah pengalaman pertama saya berhadapan dengan situasi seperti itu.

Memandangkan usaha untuk memulihkannya semuanya gagal, maka wanita itu dihantar ke Hospital Abdul Aziz Jeddah untuk mendapatkan rawatan lanjut sebab pada masa itu hospital di Jeddah lebih lengkap kemudahannya berbanding hospital Madinah.

Namun usaha untuk memulihkannya masih tidak berhasil.

Jadual haji mesti diteruskan. Kami bertolak pula ke Mekah untuk mengerjakan ibadat haji. Selesai haji, sekali lagi saya pergi ke Jeddah.

Malangnya, bila sampai di Hospital King Abdul Aziz, saya diberitahu oleh doktor bahawa wanita tersebut masih koma.

Bagaimanapun, kata doktor, keadaannya stabil. Melihat keadaannya itu, saya ambil keputusan untuk menunggunya di hospital.

Selepas dua hari menunggu, akhirnya wanita itu membuka matanya. Dari sudut matanya yang terbuka sedikit itu, dia memandang ke arah saya.

Tapi sebaik saja terpandang wajah saya, wanita tersebut terus memeluk saya dengan erat sambil menangis teresak- esak.

Sudah tentu saya terkejut sebab saya ni bukan mahramnya. Tambahan pula kenapa saja dia tiba-tiba menangis??

Saya bertanya kepada wanita tersebut, "Kenapa Puan menangis?"

“Ustaz….saya taubat dah Ustaz. Saya menyesal, saya takkan buat lagi benda-benda yang tak baik. Saya bertaubat, betul-betul taubat."

"Kenapa pulak ni puan tiba-tiba saja nak bertaubat?" tanya saya masih terpinga-pinga.

Wanita itu terus menangis teresak-esak tanpa menjawab pertanyaan saya itu.

Seketika kemudian dia bersuara, menceritakan kepada saya mengapa dia berkelakuan demikian, cerita yang bagi saya perlu diambil iktibar oleh kita semua.

Katanya, "Ustaz, saya ni sudah berumah tangga, kahwin dengan lelaki orang putih. Tapi saya silap. Saya ini cuma Islam pada nama dan keturunan saja.

Ibadat satu apa pun saya tak buat. Saya tak sembahyang, tak puasa, semua amalan ibadat saya dan suami saya tak buat.

Rumah saya penuh dengan botol arak. Suami saya tu saya sepak terajang, saya pukul-pukul saja," katanya tersedu-sedan.

"Habis yang puan pergi haji ini?"

"Yalah...saya tengok orang lain pergi haji, saya pun teringin juga nak pergi."

"Jadi apa sebab yang puan menangis sampai macam ni sekali. Ada sesuatu ke yang puan alami semasa sakit?" tanya saya lagi.

Dengan suara tersekat-sekat, wanita itu menceritakan,

"Ustaz...Allah itu Maha Besar, Maha Agung, Maha Kaya. Semasa koma tu, saya telah diazab dengan seksaan yang benar-benar pedih atas segala kesilapan yang telah saya buat selama ini.

"Betul ke puan?" tanya saya, terkejut.

"Betul Ustaz. Semasa koma itu saya telah ditunjukkan oleh Allah tentang balasan yang Allah beri kepada saya. Balasan azab Ustaz, bukan balasan syurga.

Saya rasa seperti diazab di neraka. Saya ni seumur hidup tak pernah pakai tudung. Sebagai balasan, rambut saya ditarik dengan bara api.

Sakitnya tak boleh nak saya ceritakan macam mana pedihnya. Menjerit-jerit saya minta ampun minta maaf kepada Allah."

"Bukan itu saja, buah dada saya pula diikat dan disepit dengan penyepit yang dibuat daripada bara api, kemudian ditarik ke sana-sini...putus, jatuh ke dalam api neraka.

Buah dada saya rentung terbakar, panasnya bukan main. Saya menjerit, menangis kesakitan. Saya masukkan tangan ke dalam api itu dan saya ambil buah dada tu balik."

Tanpa mempedulikan pesakit lain dan jururawat memerhatikannya wanita itu terus bercerita.

Menurutnya lagi, setiap hari dia diseksa, tanpa henti, 24 jam sehari.

Dia tidak diberi peluang langsung untuk berehat atau dilepaskan daripada hukuman sepanjang masa koma itu dilaluinya dengan azab yang amat pedih.

Dengan suara tersekat-sekat, dengan air mata yang makin banyak bercucuran, wanita itu meneruskan ceritanya,

"Hari-hari saya diseksa. Bila rambut saya ditarik dengan bara api, sakitnya terasa seperti nak tercabut kulit kepala. Panasnya pula menyebabkan otak saya terasa seperti menggelegak.

Azab itu cukup pedih...pedih yang amat sangat...tak boleh nak diceritakan."

Sambil bercerita, wanita itu terus meraung, menangis teresak-esak. Nyata dia betul-betul menyesal dengan kesilapannya dahulu.

Saya pula terpegun, kaget dan menggigil mendengar ceritanya.

Begitu sekali balasan Allah kepada umatnya yang ingkar.

"Ustaz...saya ni nama saja Islam, tapi saya minum arak, saya main judi dan segala macam dosa besar.

Kerana saya suka makan dan minum apa yang diharamkan Allah, semasa tidak sedarkan diri itu saya telah diberi makan buah-buahan yang berduri tajam.

Tak ada isi pada buah itu melainkan duri-duri saja, tapi saya perlu makan buah-buah itu sebab saya betul-betul lapar.

"Bila ditelan saja buah-buah itu, duri-durinya menikam kerongkong saya dan bila sampai ke perut, ia menikam pula perut saya.

Sedangkan jari yang tercucuk jarum pun terasa sakitnya, inikan pula duri-duri besar menyucuk kerongkong dan perut kita.

Habis saja buah-buah itu saya makan, saya diberi pula makan bara-bara api.

Bila saya masukkan saja bara api itu ke dalam mulut, seluruh badan saya rasa seperti terbakar hangus.

Panasnya cuma Allah saja yang tahu. Api yang ada di dunia ini tidak akan sama dengan kepanasannya.

Selepas habis bara api, saya minta minuman, tapi...saya dihidangkan pula dengan minuman yang dibuat dari nanah.

Baunya cukup busuk. Tapi saya terpaksa minum sebab saya sangat dahaga. Semua terpaksa saya lalui...azabnya tak pernah rasa, tak pernah saya alami sepanjang saya hidup di dunia ini."

Saya terus mendengar cerita wanita itu dengan tekun. Terasa sungguh kebesaran Allah.

"Masa diazab itu, saya merayu mohon kepada Allah supaya berilah saya nyawa sekali lagi, berilah saya peluang untuk hidup sekali lagi.

Tak berhenti-henti saya memohon. Saya kata saya akan buktikan bahawa saya tak akan ulangi lagi kesilapan dahulu.

Saya berjanji tak akan ingkar perintah Allah dan akan jadi umat yg soleh.

Saya berjanji kalau saya dihidupkan semula, saya akan tampung segala kekurangan dan kesilapan saya dahulu, saya akan mengaji, akan sembahyang, akan puasa yang selama ini saya tinggalkan."

Saya termenung mendengar cerita wanita itu. Benarlah, Allah itu Maha Agung dan Maha Berkuasa.

Kita manusia ini tak akan terlepas daripada balasannya. Kalau baik amalan kita maka baiklah balasan yang akan kita terima, kalau buruk amalan kita, maka azablah kita di akhirat kelak.

Alhamdulillah, wanita itu telah menyaksikan sendiri kebenaran Allah.

"Ini bukan mimpi ustaz. Kalau mimpi azabnya takkan sampai pedih macam tu sekali.

Saya bertaubat Ustaz, saya tak akan ulangi lagi kesilapan saya dahulu. Saya bertaubat... saya taubat Nasuha," katanya sambil menangis-nangis.

Sejak itu wanita berkenaan benar-benar berubah. Bila saya membawanya ke Mekah, dia menjadi jemaah yang paling warak.

Amal ibadahnya tak henti-henti. Contohnya, kalau wanita itu pergi ke masjid pada waktu maghrib, dia cuma akan balik ke biliknya semula selepas sembahyang subuh.

"Puan...yang puan sembahyang teruk-teruk ni kenapa. Puan kena jaga juga kesihatan diri puan. Lepas sembahyang Isyak tu puan baliklah, makan nasi ke, berehat ke..." tegur saya.

"Tak apalah Ustaz. saya ada bawa buah kurma. Bolehlah saya makan semasa saya lapar."

Menurut wanita itu, sepanjang berada di dalam Masjidil Haram, dia mengqadakan semula sembahyang yang ditinggalkannya dahulu.

Selain itu dia berdoa, mohon kepada Allah supaya mengampunkan dosanya. Saya kasihan melihatkan keadaan wanita itu, takut kerana ibadah dan tekanan perasaan yang keterlaluan dia akan jatuh sakit pula.

Jadi saya menasihatkan supaya tidak beribadat keterlaluan hingga mengabaikan kesihatannya.

"Tak boleh Ustaz. Saya takut...saya dah merasai pedihnya azab tuhan. Ustaz tak rasa, Ustaz tak tau. Kalau Ustaz dah merasai azab itu, Ustaz juga akan jadi macam saya. Saya betul- betul bertaubat."

Wanita itu juga berpesan kepada saya, katanya, "Ustaz, kalau ada perempuan Islam yang tak pakai tudung, Ustaz ingatkanlah pada mereka, pakailah tudung.

Cukuplah saya seorang saja yang merasai seksaan itu, saya tak mau wanita lain pula jadi macam saya.

Semasa diazab, saya tengok undang-undang yang Allah beri ialah setiap sehelai rambut wanita Islam yang sengaja diperlihatkan kepada orang lelaki yang bukan mahramnya, maka dia diberikan satu dosa.

Kalau 10 orang lelaki bukan mahram tengok sehelai rambut saya ini, bermakna saya mendapat 10 dosa."

"Tapi Ustaz, rambut saya ini banyak jumlahnya, beribu-ribu. Kalau seorang tengok rambut saya, ini bermakna beribu-ribu dosa yang saya dapat.

Kalau 10 orang tengok, macam mana? Kalau 100 orang tengok? Itu sehari, kalau hari-hari kita tak pakai tudung macam saya ni??? Allah..."

"Saya berazam, balik saja dari haji ini, saya akan minta tolong dari ustaz supaya ajar suami saya sembahyang, puasa, mengaji, buat ibadat.

Saya nak ajak suami pergi haji. Seperti mana saya, suami saya tu Islam pada nama saja. Tapi itu semua kesilapan saya.

Saya sudah bawa dia masuk Islam, tapi saya tak bimbing dia. Bukan itu saja, saya pula yang jadi seperti orang bukan Islam."

Sejak balik dari haji itu, saya tak dengar lagi apa-apa cerita tentang wanita tersebut.

Bagaimanapun, saya percaya dia sudah menjadi wanita yang benar-benar solehah. Adakah dia berbohong kepada saya tentang ceritanya diazab semasa koma?

Tidak. Saya percaya dia bercakap benar. Jika dia berbohong, kenapa dia berubah dan bertaubat Nasuha?

Satu lagi, cubalah bandingkan azab yang diterimanya itu dengan azab yang digambarkan oleh Allah dan Nabi dalam Al-Quran dan hadith. Adakah ia bercanggah?

Benar, apa yang berlaku itu memang kita tidak dapat membuktikannya secara saintifik, tapi bukankah soal dosa dan pahala, syurga dan neraka itu perkara ghaib?

Janganlah bila kita sudah meninggal dunia, bila kita sudah diazab barulah kita mahu percaya bahawa "Oh... memang betul apa yang Allah dan Rasul katakan. Aku menyesal..." Itu dah terlambat.

REBUTLAH 5 PELUANG INI SEBELUM TIBA 5 RINTANGAN

WAKTU KAYA SEBELUM MISKIN, WAKTU SENANG SEBELUM SIBUK, WAKTU SIHAT SEBELUM SAKIT, WAKTU MUDA SEBELUM TUA DAN WAKTU HIDUP SEBELUM MATI

" SAMPAIKANLAH PESANKU BIARPUN SATU AYAT...."
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...